Bijak Beli Rumah

  Bijak Beli Rumah - Siri 1

Selalu keliru nak beli Rumah jenis apa ? Persepsi terhadap rumah Kluster dan Town House selalu menjadi bandingan dalam pemilihan selain daripada lokasi yang strategik dan harga yang berpatutan. 

Siri 1 kali ini saya akan mengupaskan tentang perbezaan jenis Rumah KLUSTER dan Jenis TOWN HOUSE yang sering orang salah ertikan. Tentu pernah dengan dua jenis Rumah ini tetapi masih tidak faham akan kedua jenis rumah ini. Lebih-lebih lagi terlalu banyak tawaran jenis rumah seperti ini dan selalu menjadi keliri di kalangan anak muda sekaranag tentang jenis kediaman seperti ini.

Pada dasarnya, rumah jenis Kluster ini di bangunkan di kawasan atau wilayah pinggir kota dengan suasana yang sunyi dari hiruk pikuk kota, suasana yang mendamaikan namun sofistikated dengan kemudahan yang disediakan oleh pemaju. Jenis ini di bangunkan tanpa berpagar konsep open space, hanya di naikkan pagar dinding rumah sebagai pemisah antara satu unit rumah dengan yang lain atau adakalanya sambungannya di tembok belakang rumah antara unit belakangnya .


Manakala jenis Town House pula memiliki konsep yang tersendiri seperti apartment 2 tingkat, bezanya mempunyai laman atau tempat letak kereta bersebelahan dengan unit bawah atau dipanggil sebagai one excess gate system. 2 tingkat yang dimasksudkan ialah 2 tingkat unit yang berbeza atas dan bawah unit, pun begitu terdapat jenis Town House 2 tingkat menjadikan dari pandangan luar seakan-akan seperti sebuah apartment 4 tingkat . Kebiasaannya jenis rumah Town House sangat di minati oleh golongan tertentu seperti expatriate kerana rpanya yang lebih eksklusif.


Perbezaan Konsep 

Rumah jenis Kluster mempunyai satu pintu akses keluar dan masuk, hal ini memnudahkan pihak keselamatan menjalankan rondaan dan mempastikan setiap penghuni yang menghuni kediaman jenis Kluster dalam keadaan selamat. Manakala ianya tidak berpagar seperti rymah teres lain, dengan hanya pagar yang tinggi atau samaada di tembok belakangnya bersambung, ciri -ciri keselamatan juga disediakan .

Manakala konsep Town House mempunyai konsep yang tersendiri yang lebih direka khusus utuk golongan yang atau keluarga kecil seperti anak muda yang ingin kan kediaman bawah atau landed tetapi tidak mampu utuk memiliki rumah jenis teres biasa yang agak mahal. konsep mempunyai akses 1 pintu keluar masuk 

Comments